Dalam era digital ini, e-mel kekal sebagai medium komunikasi utama di tempat kerja. Namun, ramai yang masih keliru bagaimana menulis e-mel yang profesional, jelas dan berkesan. Kursus ringkas ini membimbing anda menguasai seni penulisan e-mel profesional sambil memanfaatkan teknologi AI untuk meningkatkan produktiviti. Anda akan belajar bukan sahaja teknik asas penulisan e-mel yang betul, malah cara menggunakan AI tools secara bijak untuk menghasilkan e-mel berkualiti dengan lebih pantas dan efisien.
Kursus ini sesuai untuk kakitangan sokongan, pentadbiran, dan sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kemahiran komunikasi bertulis mereka di tempat kerja.
