You dont have javascript enabled! Please enable it!

FL11-Etika dan Komunikasi Profesional di Pejabat

Current Status
Not Enrolled
Price
Closed
Get Started
This course is currently closed

Kursus Etika dan Komunikasi Profesional di Pejabat ini direka untuk memantapkan peranan kakitangan sebagai “Wajah Organisasi” yang bertanggungjawab membina kredibiliti dan mengekalkan imej positif syarikat melalui tanggapan pertama yang berkesan.

Peserta akan didedahkan kepada prinsip integriti dan kerahsiaan maklumat, merangkumi perlindungan data strategik, kewangan, serta personel bagi mengelakkan kebocoran yang boleh menjejaskan reputasi organisasi. Selain itu, kursus ini menekankan penerapan mindset profesional yang responsif dan boleh dipercayai, serta pematuhan kepada etika pejabat merangkumi aspek penampilan diri, bahasa yang beradab, dan tingkah laku yang menghormati privasi serta ruang kerja bersama.

Seterusnya, peserta akan dilatih dalam seni komunikasi lisan dan telefon yang efektif menggunakan prinsip 7C (Jelas, Ringkas, Padat, Betul, Rasional, Lengkap, dan Sopan) serta teknik mendengar secara aktif.

Kursus ini juga memberikan panduan praktikal mengenai pengurusan dokumen dan urusan tandatangan, termasuk pemilihan “waktu emas” yang sesuai untuk berurusan dengan pihak pengurusan serta adab menyerahkan dokumen menggunakan kedua-dua belah tangan sebagai tanda hormat. Dengan menguasai teknik seperti formula “S.M.I.L.E” dalam perbualan dan teknik “P.E.S.A.N” dalam mencatat nota, peserta dapat bertindak sebagai pemudah cara yang proaktif bagi menyokong kelancaran operasi harian pejabat.

error: Alert: Content selection is disabled!!